Senin, 17 Februari 2014
Browse Manual »
Wiring »
208
»
diesel
»
ditarik
»
nelayan
»
subsidi
»
208 subsidi diesel nelayan ditarik

208 subsidi diesel nelayan ditarik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
KUANTAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menghentikan pemberian diesel bersubsidi kepada 208 bot milik nelayan tempatan yang didapati dipajak kepada nelayan warga Vietnam.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat beliau dengan pihak berkuasa berkaitan pada 9 September lepas.
Selain itu, 24 bot lagi sedang ditahan untuk pemeriksaan lanjut kerana dipercayai dikendalikan awak-awak warga asing, dan daripada jumlah itu 17 berdepan dengan pembatalan lesen kerana melakukan pelbagai kesalahan, katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau yang ditemui selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama nelayan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dekat sini, berkata sebanyak 170 awak-awak warga asing turut ditahan.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga tidak lagi mengeluarkan lesen untuk bot terpakai Vietnam yang dibeli oleh pengusaha tempatan.
"Keputusan ini sudah dipersetujui kabinet dan ia dibuat bagi menjaga kepentingan nelayan tempatan. "Kita tidak lagi boleh bertolak ansur memandangkan insiden sebelum ini yang jelas mengancam keselamatan nelayan tempatan. Soal keselamatan dan kebajikan nelayan tempatan sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan," katanya.
Beliau juga menegaskan pengusaha bot nelayan tempatan yang dibatalkan lesennya kerana memajak lesen mereka kepada nelayan asing, tidak dibenar membuat rayuan selain nama mereka disenarai hitam.
Pada 2 September lepas, tercetus pergaduhan antara nelayan pukat jerut tempatan dan nelayan Vietnam kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Pahang, Pahang.
Kejadian dikatakan berlaku selepas nelayan tempatan marah dengan perbuatan nelayan Vietnam yang didakwa merosakkan unjang dan rumah ikan milik nelayan tempatan berkenaan. - Bernama
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar