Selasa, 17 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
3
»
dibebas
»
ditahan
»
jam
»
kemudian
»
pak
»
samad
»
Pak Samad Ditahan Dibebas 3 Jam Kemudian

Pak Samad Ditahan Dibebas 3 Jam Kemudian

Sasterawan Negar Datuk A. Samad Said ditahan polis awal pagi ini bagi membantu siasatan insiden mengibar bendera alternatif atau Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penahanan Sasterawan Negara itu.
“Kita tahan beliau di rumahnya di Bangsar Utama pada kira-kira 12.25 tengah malam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan. Kita akan siasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya.
Bagaimanapun, Sasterawan Negara berkenaan kemudian dibebaskan pada pukul 3 pagi tadi.
“Dia ditahan untuk diambil keterangan berikutan pembabitannya mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada sambutan ambang kemerdekaan lalu,” katanya.
Sementara itu, A. Samad Said menerusi laman Twitter memberitahu bahawa dia dibawa oleh tiga anggota polis ke IPD Dang Wangi.
Sebelum ini, dua individu iaitu aktivis politik, Adam Adli dan Hishamuddin Rais ditahan Isnin lalu.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan semalam pada pukul 3 pagi selepas keterangan mereka diambil.
OLEH : IBNU K
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar